Tuesday, July 15, 2008

Nuramirah Azhari,10 Hafal Quran dalam Masa Dua Tahun


Usianya masih muda dan telatahnya seperti kanak-kanak sebayanya. Suka bermain dan berkawan, aktif dan ceria. Namun kemampuannya menghafaz 30 juzuk Al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak semasa sambutan Maulidurrasul April lalu membezakannya dengan kanak-kanak lainnya.



Kejayaan Nuramirah menarik perhatian pelbagai pihak termasuk Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah apabila muncul peserta termuda mengikuti pertandingan menghafaz al-Quran peringkat negeri.



Nuramirah muncul naib johan kategori menghafaz juzuk satu hingga lima dan menerima wang tunai RM2000 serta sijil penyertaan. Beliau berjaya mengalahkan 10 peserta lainnya termasuk beberapa peserta berusia 20 tahun.



Saya sudah boleh membaca al-Quran semasa berumur enam tahun lagi, ujar Nuramirah yang mampu menamatkan tahfiz dalam tempoh dua tahun.Pencapaian ini tentu memberi kepuasan kepada kedua ibu bapanya yang berjaya mengasah bakat luar biasanya.



Itulah Nuramirah Azhari, 10, yang mula mengenal Al-Quran pada usia lima tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya Nurzahidah Hashim. Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.



Dia sememangnya seorang yang suka menghafaz, mendengar dan bertanyakan sebarang persoalan yang timbul di fikirannya. Karenah ini sentiasa dilayan oleh kedua ibu bapanya tanpa rasa jemu.Begitu juga tanpa rasa jemu, Nuramirah bersama empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam 12, Nurnabilah 8, dan Muhammad Amin 5, berlatih menghafaz Al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.
Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 orang anak murid berusia antara 6 hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempuh dua tahun dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.

Rujukan : http://www.omaq.org/v3/index.php?do=post&id=nuramirah_azhari_10_hafal_quran_dalam_masa_dua_tahun

1 comment:

HPA SHAH ALAM said...

HAFIZ AL-QURAN BAGUS