Mendidik anak genius di alam Rahim
Persediaan mendidik anak yang genius seharusnya bermula semasa bayi di alam rahim lagi. Kajian moden yang dijalankan semasa bayi di dalam kandungan berupaya mengesan sebarang perubahan yang berlaku di persekitarannya dan mampu memberi tindak balas terhadap rangsangan yang diberikan terhadapnya.
Dr. Hassan Hj. Mohd Ali (1994) di dalam bukunya, Senarai Semakan (Checklist) Keluarga Bahagia menggariskan beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh ibubapa bagi mendidik anak di alam rahim adalah :
1. Memperbanyakkan melakukan kebaikan dan kebajikan seperti bertaubat, menderma dan membaca al-Quran.
2. Menjaga peribadi dan berakhlak mulia.
3. Menjaga emosi.
4. Mengawal dan mengamalkan pemakanan yang bukan sahaja sihat dan seimbang, malah dipastikan halal kerana pemakanan ibu memberi kesan terhadap pertumbuhan dan perkembangan otak dan janin dalam kandungan.
5. Rangsang bayi dengan mengusap dan bercakap-cakap dengan penuh kasih saying. Bisikkan kata-kata positif seperti, “Anakku bijak.” “Anak Ibu bakal menjadi anak soleh” dan sebagainya bagi membina imej positif bayi.
No comments:
Post a Comment