Monday, July 7, 2008

Pendekatan Pendidikan Anak-anak Muslim

Sudut Pengetahuan

Hasil dari kajian-kajian yang dilakukan, 80% dari kecerdasan kanak-kanak ditentukan semasa perkembangan bayi dalam kandungan seperti pemakanan dan tahap kesihatan ibu, 20% lagi dipengaruhi oleh factor persekitaran. (Rujukan : Bimbingan Motivasi Anak Cemerlang, Noorfizah Abdul Malek)

Pendekatan Pendidikan Anak-anak Muslim

Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa mendidik anak-anak ialah:

1.Sebagai ibubapa kita hendaklah menjadikan diri sebagai model yang dapat dicontohi.

2.Melengkapkan anak-anak dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

3.Sabar dan tidak berputus asa bagi mendapat perubahan yang positif terhadap anak-anak.

4.Gunakan pelbagai cara mengajar anak-anak mengikut kesesuaian tahap umur mereka.

5.Pandai berkomunikasi dengan anak-anak.

6.Menggunakan kaedah dan masa yang sesuai semasa menegur dan menghukum kesalahan anak-anak.

7.Berdoa bagi kebahagiaan dan kesejahteraan anak-anak.

8.Sedia menjadi tempat anak-anak mencurahkan perasaan hati.

9.Kerap memberi pujian atas kejayaan anak-anak.

10.Tidak menipu anak-anak walaupun dalam perkara remeh-temeh.

No comments: