Thursday, July 10, 2008

Pengaruh TV Kepada Anak-anak

Pengaruh TV Kepada Anak-anak

Saya terpanggil untuk menulis suatu persoalan berkaitan pengaruh TV ini. Saya sendiri sewaktu kecil meminati watak-watak ultraman, gaban, superman, spiderman dan bermacam-macam watak lagi kartun dan drama.

Anak-anak kecil telah disajikan dengan pelbagai rancangan kartun/drama yang meninggalkan kesan sampingan dalam diri mereka. Pernahkan anda mendengar seorang anak remaja mati kerana meniru gaya superman/spiderman/mygiver?

Setiap rumah di Malaysia hari ini pun boleh dikatakan mempunyai TV. Semuanya mampu milik dengan harga TV yang sudah rendah akhir-akhir ini.
Bagaimana anda mengatasi Pengaruh TV?

1.Ibubapa harus berwaspada dan dapat mengawal anak-anak dari menonton tv secara keterlaluan hingga akan mengabaikan aktiviti lain.
2.Ibubapa hendaklah menjauhi daripada memiliki terlalu banyak alat-alat hiburan di rumah.
3.Ibubapa digalakkan membeli lebih banyak bahan bacaan yang bermutu tinggi seperti buku bercorak agama dan pengetahuan am.
4.Jadikan TV sebagai sumber maklumat dan bahan pengetahuan yang berguna, yang mana anak-anak mendapat manafaat dari menontonnya.

[Rujukan : Bimbingan Motivasi Anak Cemerlang; Noorfizah Abdul Malek]
Cadangan saya kepada anda semua :
1.Beli cd/vcd yang berkaitan dengan Rasulullah SAW, didikan anak soleh yang kini banyak dipasaran. Jadikan ia sebagai alternative hiburan kepada anak-anak kita.
2.Wujudkan setiap hari@setiap mingguan perjumpaan khusus berkala. Boleh diisi dengan tadarus al-Quran dsbgya.

Apapun yang penting belajar dengan ibubapa yang telah berjaya mendidik anak-anak mereka. Juga ibubapa boleh belajar teknik-teknik mendidik anak-anak melalui vcd motivasi seperti Dr.fadzilah Kamsah dan lain-lain lagi.

Selamat Belajar Mendidik. Sambutlah cabaran!
Salam dari Editor AnakkuSoleh.Blogspot.Com


No comments: